Demi Masa
Wednesday, 14 March 2012 | 9:19 pm | 0 memo penting
*this post is from my friend.. i just want to share it with u all.. aku tak curi k, aku da minta izin :)
hargailah masa .
jika anda kehilangan harta , anda boleh mendapatkan kembali harta .
jika anda kehilangan masa , anda hilang segala-galanya .
korang apa kabar ? semoga sihat disamping family yang tersayang . hehe . entry kali ni about time *sangat beza banding yang lepas* . for sure , aku taktau kenapa hati ni tergerak nak post title ni . maybe coz tadi teringat zaman persekolahan . pelajar and pengurusan masa , ada link antara dorang tu kan ? btw , apa yang korang faham tentang pengurusan masa ? saudara mara disiplin , kan ? hehe .
pengurusan masa tu bermaksud individu mengawal penggunaan masa samada 60 minit dalam sejam , 24 jam dalam sehari , 7 hari dalam seminggu or 12 bulan dalam setahun secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan . dont tell me that u dont have any vision or dream . azam tahun baru takkan takde .
tetapkan matlamat jangka masa panjang untuk membentuk imej diri .
tetapkan matlamat jangka masa pendek untuk mencapai objektif jangka masa panjang .
charles c . nobel
korang nak tak jadi individu cemerlang ? k , kalau nak , kita mesti menguruskan masa dengan cekap dan berkesan . janganlah dok sibuk je kejar kejayaan duniawi . kejayaan ukhrawi korang taknak ke ? both kejayaan duniawi and kejayaan ukhrawi tu penting . kejayaan ukhrawi tu dapat mengelakkan kita dari kemiskinan . time sekolah dulu , ustazah aku penah cakap , kemiskinan tu boleh mendorong kepada kekufuran . why ? k , dipendekkan cerita , sanggup buat apa saja supaya dapat duit . ada yang sampai sanggup jadi murtad sebab dijanjikan jaminan sumber kewangan oleh orang tertentu , dengan syarat melakukan perbuatan riddah terlebih dahulu . tu contoh yang mak aku bagi *thanx mom* . k , kejayaan ukhrawi pulak . senang cite la , korang taknak ke masuk syurga ?
so , peruntukkanlah masa korang kita *nasihat untuk diri sendiri jugak ^^* untuk bersembahyang , baca al-Quran , berzikir , berdoa and melakukan ibadah2 lain .
firman Allah s.w.t dalam surah al-asr , yang bermaksud :
demi masa , sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh , berpesan dengan kebenaran dan kesabaran .
berdasarkan ayat di atas , jelaslah bahawa masa adalah anugerah Tuhan yang amat berharga . Allah s.w.t. menyatakan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh merupakan orang yang bijak menggunakan masa dengan cekap dan berkesan . korang jangan merungut kononnya tak cukup masa untuk buat benda lain . tak logik la alasan korang tu . tak boleh diterima akal . kita semua dianugerahkan Tuhan masa yang sama banyak iaitu 60saat dala seminit , 60minit dalam sejam , 24jam dalam sehari and 365 *tahun ni 366* hari dalam setahun . maybe sikap korang yang suka membazirkan masa tu yang buat korang rasa takcukup masa . lagi pulak , sembahyang tu mendidik kita supaya lebih berdisiplin ; tepati waktu solat . ok la tuu .
kerugian sebenar ialah apabila kamu meluangkan masa lapang kamu tanpa melakukan sebarang pekerjaan .
ibnu 'atai dalam kitab al-hakim
ok la , thats all for today . hope u gain something from this post :)
Wassalam .. ^^
HOME